fbpx

SANTAN DEPOT

agar-agar santan

3 Resepi Agar-Agar Santan Lazat Yang Anda Boleh Sediakan Masa PKP Ini

Adakah anda sudah kehabisan idea dan resipi pencuci mulut untuk minum petang bersama keluarga ketika musim PKP? Pernahkan anda mencuba resepi agar-agar santan?

Agar-agar santan merupakan salah satu pencuci mulut atau manisan tradisional yang digemari ramai. Ia sering dihidangkan di majlis-majlis kesyukuran ataupun perkahwinan.

Namun, anda juga boleh membuat agar-agar santan ini di rumah untun santapan seiisi keluarga.

Di sini kami kongsikan beberapa resepi mudah agar-agar santan yang enak dimana anda boleh sediakan ketika musim PKP ini.

 

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

agar-agar santan

Rasanya yang berlemak dan harum membuatkan agar-agar santan ini sungguh enak dan meyegarkan lebih-lebih lagi jika di makan ketikan sejuk. 

Cara membuatnya juga sangat mudah dan cepat.

 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 10-12 gram agar-agar 
  • Beberapa titik perasa pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air

Cara-cara penyediaan:

  • Masukkan agar-agar ke dalam periuk yang berisi air. Sekiranya menggunakan agar-agar bertali, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu.
  • Masak sehingga agar-agar larut dan mendidih.
  • Masukkan gula, perasa pandan, daun pandan, pewarna hijau, santan cair serta garam dan kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur bersama santan dan tapiskan agar tiada ketulan.
  • Masukkan bancuhan telur dan santan tersebut ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.

 

Resepi Agar-Agar Santan Tanpa Guna Telur

agar-agar santan

Sekiranya anda tidak menyukai atau alah kepada telur, anda boleh cuba buat agar-agar santan tanpa telur.

Bukan itu sahaja, ia sangat sesuai bagi mereka yang risau lapisan agar-agar santan tidak berlapis dengan cantik. Cara-caranya mudah sahaja.

 

Bahan-bahan:

  • 1 kotak santan / 1 cawan santan
  • 1.5 liter air masak
  • Satu paket agar-agar tali 20g
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar perahan air pandan
  • 1 cawan gula pasir

 

Cara-cara penyediaan:

  • Masakkan agar-agar bersama 1.5 liter di dalam periuk.
  • Masukkan air perahan daun pandan bersama 1 cawan gula pasir dan kacau sehingga larut.
  • Apabila agar-agar telah larut, masukkan santan serta pewarna hijau.
  • Kacau larutan sehingga ia menjadi semakin pekat dan mendidih. Sekiranya larutan telah mengeluarkan buih, tutupkan api.
  • Tuangkan larutan tersebut ke dalam acuan dengan menggunakan penapis.
  • Biarkan seketika di luar sebelum anda sejukkan di dalam peti ais selama 2-3 jam.
  • Hidangkan

 

Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka

agar-agar santan

Bukan itu sahaja, agar-agar santan juga boleh di buat menggunakan gula melaka. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Bahan-bahan:

  • 1 ½ mug santan pekat
  • 2 biji telur
  • 2 mangkuk air
  • 30gm agar-agar bertali
  • Secubit garam
  • Daun pandan
  • 1 ½ cawan gula melaka dan sedikit gula putih
  • Loyang

Cara-cara penyediaan:

  • Rendamkan agar-agar bertali ke dalam air basuhan beras sehingga kembang.
  • Masak gula melaka, gula putih serta daun pandan bersama air yang secukupnya. Ketepikan.
  • Masakkan agar-agar bersama air mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
  • Tambahkan sedikit garam dan masak sehingga larut.
  • Masukkan santan dan telur ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga kembang
  • Tuangkan bahan-bahan yang telah di kisar ke dalam periuk agar-agar bersama air gula melaka.
  • Masak dan kacau sehingga adunan nampak berkepala (santan dan telur telah menjadi pekat)
  • Padamkan api dan tuang kan ke dalam loyang.
  • Pastikan agar-agar tersebut telah sejuk sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Hidangkan

 

Cara Masak Agar-Agar Santan Yang Mudah

agar-agar santan

Walaupun cara penyediaan agar-agar lumut atau agar-agar santan ini nampak mudah dan ringkas, jika anda tersalah langkah memang tak menjadi.

Mari kita lihat cara-cara yang senang untuk membuat agar-agar santan ini.

 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan pati pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 biji telur
  • 1 paket agar-agar tali (20 gm atau 25 gm)
  • 5 cawan air
  • 1 ¼ cawan gula pasir
  • Secubit garam

 

Cara-cara penyediaan:

  • Kisarkan 7-8 daun pandan bersama 1 cawan air. Tapis dan ambil 1 cawan pati sahaja. Ketepikan.
  • Sejukkan satu loyang di dalam peti beku selama 10 minit
  • Satukan telur,santan serta garam ke dalam satu bekas lalu pukul perlahan. Ketepikan.
  • Menggunakan bekas yang berasingan, masakkan pati air pandan, air dan agar-agar sehingga larut,
  • Masukkan pewarna hijau dan sedikit gula
  • Masukkan bancuhan santan tadi apabila mendidih. Kacau sehingga betul-betul mendidih lalu tutupkan api.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan di bawah kipas.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk apabila bahagian atas agar-agar agak beku dan biarkan sehingga ia mengeras dengan sepenuhnya.
  • Siap dan sedia untuk di hidang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara dan resepi yang anda boleh lakukan menggunakan agar-agar dan santan. 

Bukan itu sahaja, cara penyediaannya juga sangat mudah dan anda hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk membuatnya.

Sekiranya anda ingin mencuba resepi-resepi di atas tetapi masih lagi tercari-cari santan yang bagus untuk membuat agar-agar santan, anda boleh mencuba santan dari Santan Depot.

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

 

Klik Sini Untuk Membuat Tempahan Santan Depot

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *