fbpx

SANTAN DEPOT

santan pekat

Santan Pekat: Tips dan Teknik Mudah Perah Yang Ramai Tak Tahu

Santan pekat seringkali digunakan di dalam masakan seperti kari, gulai, nasi lemak dan sebagai nya untuk memberikan rasa yang berlemak dan menyedapkan lagi masakan.

Kini, anda boleh dapatkan santan segar dalam pelbagai bentuk sama ada secara tradisional ataupun secara moden iaitu santan yang telah di paketkan dan di jual di pasaraya. 

Seperti yang kita tahu, santan adalah bahan masakan yang terkenal dan digunakan di dalam masakan di seluruh dunia lebih-lebih lagi di Asia Tenggara. 

Santan merupakan cecair putih yang diperah dari parutan isi kelapa dan mempunyai rasa yang berlemak disebabkan kandungan minyaknya yang tinggi.

Berbeza sekali dengan air kelapa yang dijadikan minuman, santan kebiasaannya digunakan bagi menambakan rasa makanan.

Ianya mungkin kelihatan seperti penambah rasa makanan semata-mata, namun santan segar mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.

Antara khasiatnya adalah mengurangkan kolestrol, menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan sistem badan, mengurangkan berat badan dan sebagai nya.

Sekiranya anda seseorang yang gemar menggunakan santan asli dari isi kelapa parut, ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui tips serta teknik mudah untuk perah santan segar.

Tips Perah Santan

santan pekat

Walaupun proses perahan santan kelihatan senang dan tidak mengambil masa yang lama, namun masih lagi ada yang menggunakan cara yang salah ketika memerah santan.

Berikut merupakan beberapa cara yang anda perlu lakukan semasa memerah santan agar anda mendapatkan santan yang pekat dan berlemak.

1. Sediakan air suam

santan pekat

Penggunaan air suam sangat penting untuk menyenangkan proses ekstrak/ perah santan. 

Sediakan air panas (pastikan ia tidak terlampau panas) dan air masak dalam anggaran 1:1. 

Sekiranya anda menggunakan kelapa parut yang telah dibekukan, gunakan air panas dan air masak dalam nisbah 2:1. 

2. Bahagikan santan kepada dua bahagian

santan pekat

Setelah air tadi dituangkan ke dalam parutan kelapa, ramas sehingga sekata dan bahagikannya kepada dua bahagian.

Kisarkan bahagian pertama bersama sedikit air suam dan tapis santan tersebut.

3. Air perahan santan pertama

Seterusnya, ambil bahagian kedua kelapa parut tersebut dan gabungkan bersama perahan santan pertama tadi.

Hal ini adalah untuk memastikan agar santan anda pekat dan berlemak. 

Sekiranya anda menggunakan air seperti langkah sebelumnya, santan anda pasti akan kelihatan cair.

4. Kisarkan kesemua bahan

Akhir sekali, kisarkan kedua-dua bahagian dan tambahkan air sekiranya anda ingin mendapatkan santan cair.

Untuk memastikan santan anda tahan dengan lebih lama, pastikan anda menggunakan air masak dan bukannya air paip dan taburkan sedikit garam pada lapisan atas santan.

Namun, jika anda menggunakan santan kotak dan hanya menggunakan separuh dan ingin menyimpannya untuk jangka masa yang lama, pastikan anda meletakkannya di tempat beku.

Apabila anda ingin menggunakan santan tersebut, pastikan anda defrost kan terlebih dahulu sehingga santan tersebut sedikit cair.

Setelah itu, tambahkan air suam dan kisar. Ini adalah untuk memudahkan proses memasak anda dan untuk memastikan santan tersebut tidak berketul di dalam masakan. 

Pembekal Santan Segar

Sekiranya anda tidak mempunyai masa dan susah untuk mendapatkan isi kelapa parut, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Kesimpulannya, proses mengekstrakkan santan asli dari isi kelapa parut adalah sangat mudah dan cepat sekiranya anda meggunakan cara yang betul.

Walaupun proses perahan santan dari isi kelapa parut ini sangat mudah, namun terdapat beberapa kawasan yang susah untuk mendapatkan isi kelapa parut.

Salah satu alternatif untuk menggunakan santan segar adalah dengan membeli santan yang telah siap di dalam kotak.

Walaupun hanya santan segera, rasa dan fungsi nya adalah sama dan ia dapat memudahkan kerja anda di dapur.

Oleh itu, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *