fbpx

SANTAN DEPOT

perniagaan santan

Perniagaan Santan: Semua Yang Anda Perlu Ada Sebelum Berniaga

Perniagaan santan merupakan salah satu perniagaan yang sangat diperlukan di pasaran Malaysia.

Santan merupakan salah satu bahan utama di gunakan dalam masakan.

Ramai anak muda yang ingin memulakan perniagaan ini tetapi tidak mempunyai ilmu dan perkara asas yang diperlukan dalam bisnes santan.

Oleh itu, sekiranya anda merupakan mahu memulakan perniagaan santan, ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui perkara-perkara asas yang diperlukan di dalam bisnes ini.

Artikel ini akan membincangkan apa yang anda perlu ada untuk memulakan perniagaan santan serta bagaimana anda boleh mengambil stok kelapa untuk perniagaan anda.

Kenapa Perniagaan Santan Merupakan Pilihan Yang Baik?

perniagaan santan

Santan adalah salah satu bahan keperluan rakyat Malaysia untuk digunakan di dalam masakan, lebih-lebih lagi masakan melayu.

Santan kebiasaanya digunakan di dalam masakan yang berlemak seperti kari, gulai ayam, nasi lemak, rendang serta kuih tradisional dan pelbagai masakan lain.

Bukan itu sahaja, santan juga digunakan di dalam pencuci mulut seperti cendol dan lain-lain. Ianya merupakan salah satu bahan utama yang digunakan di dalam kebanyakan masakan Malaysia.

Apa Yang Anda Perlu Ada Untuk Memulakan Perniagaan Santan?

perniagaan santan

Kelapa bukan satu-satunya bahan yang anda perlu untuk memulakan perniagaan santan segar. Terdapat juga pelbagai bahan-bahan lain yang diperlukan.

Berikut merupakan beberapa perkara asas yang perlu anda ambil kira untuk memulakan perniagaan santan segar.

 

  • Modal

perniagaan santan

Modal merupakan perkara penting untuk memulakan sesuatu perniagaan. 

Bagi perniagaan santan segar, modal minimum yang anda perlu sediakan adalah sekitar RM5000. 

Namun, ini hanya untuk proses penyediaan alatan dan stok kelapa. Sekiranya anda ingin membuka kedai, anda harus menyediakan modal yang lebih. 

 

  • Mesin Pemarut Kelapa Biasa

perniagaan santan

Mesin pemarut kelapa merupakan perkara paling penting dan asas di dalam perniagaan ini.

Tanpa mesin pemarut kelapa, tempoh untuk memproses santan boleh mengambil masa yang lama. Terdapat 3 jenis mesin diperlukan untuk memulakan bisnes santan segar.

Mesin-mesin ini mempunyai fungsi yang berbeza. Mesin-mesin ini ialah mesin perah santan, mesin parut isi kelapa yang siap dikopek dan mesin parut kelapa biasa.

Sekiranya anda mempunyai modal yang kecil, adalah di nasihatkan untuk membeli mesin pemerah santan terpakai terlebih dahulu.

 

  • Pengambilan Stok Kelapa Dari Pembekal Kelapa

perniagaan santan

Seterusnya, perkara yang paling penting di dalam perniagaan ini adalah kelapa. 

Namun begitu, sebelum anda mencari pembekal kelapa, anda perlu membuat kajian tentang harga pasaran kelapa dari masa ke semasa. 

Harga pasaran kelapa ada turun naik dan anda perlu tahu harga pasaran kelapa samada kelapa kampung atau kelapa Indonesia.

Untuk permulaan, adalah lebih baik untuk anda mencari kelapa kampung sekurang-kurangnya 50 hingga 100 biji.

Pengiraan mudah untuk sekilo santan adalah ianya bersamaan dengan empat biji kelapa tua bersaiz sederhana.

Oleh itu, sekiranya modal kelapa sebiji RM1.70 bermakna anda memerlukan sekurang-kurangnya RM6.80 untuk mendapatkan sekilo santan segar. 

Pembekal Santan Segar

Jika anda gemar menggunakan santan didalam masakan anda dan susah bagi anda untuk mendapatkan kelapa parut, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Kesimpulannya, untuk memulakan perniagaan santan segar, anda haruslah memastikan alat-alatan asas bagi perniagaan tersebut mencukupi dan lengkap.

Jika anda masih lagi tercari-cari pembekal santan segar, anda boleh mencuba santan segar dari Santa Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *