fbpx

SANTAN DEPOT

kari ayam tanpa santan

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan: Anda Mesti Cuba Di Rumah!

Kari ayam tanpa santan merupakan salah satu alternatif sihat bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan kurang gemar makan-makanan yang berlemak.

Tambahan lagi, kari merupakan salah satu lauk yang sering menjadi pilihan ramai tidak kira bangsa Melayu, Cina mahupun India. 

Kepelbagaian kaum di Malaysia telah menghasilkan pelbagai jenis kari yang di masak dengan pelbagai cara dan bahan. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara memasak kari tanpa santan serta kari berserta santan, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Anda Mesti Cuba

kari ayam tanpa santan

Memasak kari tanpa santan tidak susah dan renyah seperti yang anda sangkakan. Namun, ia jauh lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Berikut merupakan bahan-bahan dan kaedah memasak kari ayam tanpa santan.

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian bertulang yang telah siap dipotong
  • 3-4 ulas bawang putih (yang telah ditumbuk)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 hiris halia (yang telah ditumbuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2-3 tangkai cili kering
  •  1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 paket kecil serbuk kari
  • Biji ketumbar
  • 1 sudu kecil asam jawa (dibancuh)
  • Jintan manis
  • 1-2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 potong lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 biji buah pelaga
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawing
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1-2 biji cili hijau kering (telah dipotong)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih, dan bahan-bahan rempah sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, lada hijau, daun kari serta cili kering dan kacau sehingga masak.
  3. Masukkan tomato dan kacau sehingga ia lembik.
  4. Tuangkan bancuhan air asam jawa apabila semua bahan kelihatan layu
  5. Tumbukkan sedikit jintan manis dan biji ketumbar sehingga lumat dan masukkan ke dalam masakan bersama serbuk kari pedas dan serbuk kunyit
  6. Kacau sehingga semua rempah pecah minyak dan berbau wangi.
  7. Masukkan hirisan ayam
  8. Gaul rata dan biarkan air pati ayam keluar dan masukkan sedikit air beserta lobak merah.
  9. Biarkan kari mendidih dengan menutup periuk. 
  10. Masukkan garam, gula dan perasa.
  11. Sedia untuk dihidang.

Resepi Kari Ayam Dengan Santan

kari ayam tanpa santan

Seterusnya, kami kongsikan juga cara-cara untuk memasak kari dengan menggunakan santan. 

Walaupun ia menggunakan santan, cara penyediaannya adalah lebih kurang sama dengan kari tanpa santan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 biji kentang
  • 1 mangkuk santan
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 ½ sudu besar serbuk kari
  • 5 biji bawang merah (bahan hiris A)
  • 4 ulas bawang putih (bahan hiris A)
  • 2 inci halia (bahan hiris A)
  • 1 batang kayu manis (bahan tumis B)
  • 2 kuntum bunga lawang (bahan tumis B)
  • 1 sudu kecil halba campur (bahan tumis B)
  • 3 biji buah pelage (bahan tumis B)

Cara memasak:

  1. Potong dan bersihkan ayam dan ketepikan
  2. Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air untuk dijadikan sebagai pes
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan A dan B sehinggan naik bau
  4. Masukkan pes yang dibancuh tadi dan kacau menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan sedikit air dan kacau. Ulang proses ini sebanyak 3 kali
  6. Masukkan ayam setelah pecah minyak dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak
  7. Masukkan sedikit air dan tambahkan kentang dan santan. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi pekat
  8. Masukkan garam, gula dan kerisik secukup rasa
  9. Siap untuk dihidang

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara dan resepi kari yang anda boleh cuba dirumah untuk dihidangkan buat seiisi keluarga.

Sekiranya anda lebih gemar masakan kari yang menggunakan santan, terdapat pelbagai jenis santan segar segera yang anda boleh gunakan dalam masakan anda.

Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Oleh itu, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *