fbpx

SANTAN DEPOT

5 Santan Kotak Terbaik Yang Anda Mesti Cuba

Santan bukan lagi sesuatu bahan yang asing di dalam masakan Malaysia, lebih lebih lagi masakan melayu seperti nasi lemak, kari ayam, sagu gula melaka, cendol, dan banyak lagi.

Proses mendapatkan santan sedikit rumit pada zaman dahulu jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang. Sekarang, anda tidak lagi perlu memanjat pokok bagi mendapatkan santan.

Untuk mengetahui tentang santan-santan yang hangat di pasaran serta bagaimana anda boleh menyimpannya untuk jangka masa yang panjang, ikuti artikel ini sehingga akhir. 

5 Santan Kotak Yang Anda Mesti Cuba

santan

Jika anda sering membeli barang dapur di pasaraya, sudah pasti anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenama santan kotak segera yang hangat di pasaran.

Berikut merupakan beberapa jenis jenama santan kotak yang anda perlu cuba di dalam masakan anda. Antaranya adalah:

 

1. Santan Kotak Rasaku

santan

Santan kotak Rasaku boleh didapati di dalam dua jenis saiz yang berbeza iaitu 200ml dan 1000ml. Ia juga mempunyai tekstur dan aroma yang halus membuatkannya menjadi pilihan ramai.

Santan Rasaku ini sering kali digunakan sebagai penambah rasa masakan seperti kari, sup dan pencuci mulut.

 

2. Santan Kotak Adabi

Seterusnya, walaupun santan kotak adabi tidak sepekat santan-santan kotak yang lain, jenama Adabi ini tidak pernah mengecewakan pengguna-penggunanya. 

Santan kotak Adabi mempunyai tekstur separa pejar dan masih lagi mempunyai cecair walau ia tidak pekat dan pasti akan memudahkan proses memasak anda.

 

3. Santan Kotak M&S

Selain itu, antara santan yang menjadi pilihan ramai adalah santan kotak kelapa UHT M&S. Santan M&S ini tidak kurang juga pekatnya di mana ia setanding dengan santan yang lain.

Bukan itu sahaja, selain dari di gunakan di dalam masakan biasa, santan ini seringkali digunakan dalam pembuatan biskut-biskut yang enak.

 

4. Santan Kotak Kara

Jika anda gemar menggunakan santan yang teksturnya pekat, anda harus cuba santan kotak Kara ini.

Ia merupakan santan kotak paling pekat berbanding jenama lain dan sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang suka menggunakan santan pekat.

 

5. Santan SAJI

Jika anda inginkan santan yang bebas bahan pengawet, kolestrol, pewarna dan perisa tambahan serta mempunyai aroma segar yang berkekalan, ini adalah pilihan yang tepat.

Santan SAJI berkualiti tinggi dan boleh didapati di dalam pek 1liter, 200ml dan pek jimat 200ml x 6 pek.

 

Tips Simpan Santan Kotak Agar Ia Tahan Lebih Lama

Menyimpan santan dengan kaedah yang betul adalah amat penting bagi memastikan ianya tahan lama dan tidak cepat rosak bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. 

Masih lagi ramai orang di luar sana yang tidak tahu cara penyimpanan santan kotak yang betul, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan santan dalam kuantiti yang sedikit.

Apabila menggunakan santan di dalam kuantiti yang sedikit, sudah pasti terdapat banyak lebihan santan di dalam kotak tersebut. 

Berikut merupakan antara kaedah-kaedah yang anda boleh lakukan bagi memastikan santan anda tahan dengan lebih lama. 

 

  • Santan dan plastik aiskrim

Pertama sekali, sukatkan santan mengikut kuantiti yang anda ingin gunakan ketika memasak dan masukkan ke dalam plastik aiskrim tersebut.

Ikatkan dengan kemas dan masukkan ke dalam peti. Elakkan dari memasukkan ke dalam freezer dan jangan lupa untuk melabelkan tarikh luput santan tersebut.

 

  • Bekukan santan

Kaedah bekukan santan ini sangat mudah kerana ianya sama dengan kaedah membuat ais. 

Tuangkan santan ke dalam acuan ais dan bekukan di dalam peti ais sehingga beku. Mudah bukan!

Pembekal Santan Segar

Sekiranya anda masih lagi ragu-ragu untuk memilih santan kotak yang berada di pasaran, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenama santan kotak segera yang anda boleh cuba. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari kelapa parut.

Walaupun santan kotak bukan lah seperti santan segar yang sering di gunakan orang dulu-dulu, ia tetap mempunyai fungsi dan memberikan rasa yang sama dan memudahkan kerja anda.

Salah satu alternatif untuk menggunakan santan segar adalah dengan membeli santan yang telah siap di dalam kotak.

Oleh itu, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *