fbpx

SANTAN DEPOT

santan segar

Resepi Rendang Ayam Menggunakan Santan Segar

Santan segar merupakan salah satu bahan utama yang digunakan untuk membuat rendang, tidak kira rendang ayam mahupun rendang daging.

Rendang ayam merupakan salah satu masakan yang sering di hidangkan di musim perayaan seperti hari raya aidilfitri mahupun hari raya aidiladha.

Untuk mengetahui resepi rendang ayam yang senang dan mudah dan di mana anda boleh mendapatkan santan terbaik, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Resepi Rendang Ayam Menggunakan Santan Segar

Rendang ayam sering di hidangkan dengan rendang dan nasi impit dan cara-cara memasak rendang tidak merumitkan seperti yang di bayangkan oleh orang ramai.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah-kaedah membuat rendang yang sedap:

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam
  • 1 senduk cili kisar
  • Setengah mangkuk (kecil) air asam jawa
  • Santan pekat (1 mangkuk)
  • Daun kunyit (2 helai)
  • Daun limau purut (2 helai)
  • Kerisik (3 sudu besar)
  • Kayu manis (2 batang)
  • Bunga lawang (3 kuntum)
  • Buah pelaga (5 biji)

Bahan kisar halus:

  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang merah (8 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Halia (2 inchi)
  • Kunyi hidup (3 ketul)
  • Lengkuas (2 inchi)
  • Serai (2 batang)

Cara-cara memasak:

  • Bersihkan ayam sehingga bersih dan toskan ketepi.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan rempah (batang kayu manis, kuntum bunga lawang, buah pelaga), dan bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
  • Apabila warna tumisan menjadi sedikit gelap, masukkan ayam yang ditoskan tadi dan biarkan ia masak selama 5 sehingga 10 minit sehingga air ayam keluar.
  • Masukkan air asam jawa bersama dengan santan pekat.
  • Kacau perlahan di atas api sederhana.
  • Masukkan daun limau purut, daun kunyit dan kerisik apabila kuah menjadi pekat.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Tutup api dan sedia dihidang.
  • Taburkan daun kunyit sebagai hiasan.

Bagi memastikan ayam tidak hancur, anda boleh keluarkan ayam yang telah masak terlebih dahulu dan masak kuah tersebut sehingga menjadi pekat.

Sekiranya anda gemar akan masakan yang pedas, anda boleh tambahkan cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. 

Sekiranya ingin lebih enak, biarkan rendang sedikit lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam.

Setelah kuah tersebut pekat, masukkan balik ayam tadi dan tutup api dan sedia untuk dihidang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh gantikan gula biasa dengan gula melaka untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan sedap.

Hidangkan bersama nasi putih panas ataupun nasi impit dan lemang, pasti anda akan makan berkali-kali.

Pembekal Santan Segar

santan segar

Sekiranya anda masih lagi ragu-ragu untuk memilih santan kotak yang berada di pasaran, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Kesimpulannya, memasak rendang tidak rumit seperti yang diperkatakan dan anda juga boleh hidangkan pada hari-hari biasa dan bukan hanya pada hari perayaan. 

Selain rendang ayam, anda juga boleh membuat rendang daging, rendang paru, rendang udang, rendang, rendang itik dan pelbagai lagi.

Selain itu, bahan-bahan membuat rendang juga senang didapati di pasaraya berdekatan anda lebih-lebih lagi bahan-bahan seperti santan segar.

Terdapat pelbagai jenama santan kotak segera yang anda boleh cuba yang terdapat di pasaran. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari kelapa parut.

Proses mendapatkan santan sedikit rumit pada zaman dahulu jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang. Sekarang, anda tidak lagi perlu memanjat pokok bagi mendapatkan santan.

Walaupun santan kotak bukan lah seperti santan segar yang sering di gunakan orang dulu-dulu, ia tetap mempunyai fungsi dan memberikan rasa yang sama dan memudahkan kerja anda.

Salah satu alternatif untuk menggunakan santan segar adalah dengan membeli santan yang telah siap di dalam kotak.

Oleh itu, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *