fbpx

SANTAN DEPOT

Pembekal santan

Ketahui 4 Pembekal Santan Terbaik Di Malaysia

Pada zaman sekarang, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan santan kerana terdapat banyak syarikat-syarikat pembekal santan yang berkualiti di Malaysia.

Penggunaan santan segera adalah amat digalakkan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini kerana anda tidak perlu bersusah payah keluar mencari kelapa dan memarutnya sendiri.

Dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran kerumah, anda sudah boleh memiliki santan segera yang berkualiti dan pekat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pembekal santan terbaik di Malaysia dan resepi-resepi menarik yang anda boleh cuba, ikuti artikel ini sehingga akhir.


Pembekal santan segar terbaik di Malaysia

Pembekal santan

Mari kita lihat jenama-jenama santan segera yang terkenal dan di gemari ramai. Berikut adalah antara empat pembekal santan segera yang terbaik dan berkualiti tinggi:

1. Santan Depot

Pembekal santan

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

2. Santan Segar

Pembekal santan

Terletak di Batu Berendam, Melaka, santan segar keluaran Izzarol Haikal Enterpise ini sangat bersih, berkualiti tinggi dan semestinya halal.

Santan segar mereka diproses menggunakan kelapa yang sangat berkualiti dan di jamin 100% tanpa bahan pengawet dan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 1 petang.

Tambahan lagi, mereka juga ada membuat penghantaran dan sedia menerima tempahan bagi majlis-majlis, restoran dan pelbagai lagi.

3. GM Coconut

Selain itu adalah santan segar segera keluaran GM Coconut. GM Coconut ini mempunyai kilang memproses makanan kelapa dan santan segar mereka yang tersendiri.

GM Coconut telah beroperasi selama 15 tahun dan terletak di Teluk Intan, Hutan Melintang, Perak. Bukan itu sahaja, santan yang dihasilkan bebas dari bahan dan perasa tambahan.

Anda boleh dapatkan santan segar segera GM Coconut ini secara langsung dari pembekal ataupun anda boleh ke pasaraya berdekatan anda.

4. Santanku

Seterusnya adalah santan segera keluaran Santanku. 

Telahpun berada di dalam industri pemprosesan santan segar selama 10 tahun, Santanku menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti kepada industri, pemborong dan pengguna.

Selain dari santan segar, mereka juga mengeluarkan produk-produk berasaskan santan yang lain dengan harga yang berpatutan.

Antaranya adalah pes kelapa, kerisik, kelapa parut, jem kaya, air kelapa, serbuk santan kelapa, minyak kelapa dara, rempah, dan lain-lain lagi.


3 Resepi Senang Menggunakan Santan

Pembekal santan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis masakan di sebabkan kepelbagaian kaum dan agama dan kebanyakan masakan tersebut akan menggunakan santan sebagai penambah perasa.

Mari kita lihat antara masakan-masakan yang menggunakan santan. Antaranya ialah:

  • Masak Lemak Kuning Daging Salai

Pembekal santan

Bahan-bahan:

  • Hirisan nipis daging salai (800 g)
  • Santan pekat (600 ml)
  • Cili padi (10 biji – ditumbuk lumat)
  • Bawang merah (5 biji – ditumbuk lumat)
  • Bawang putih (3 biji – ditumbuk lumat)
  • Serai (1 batang – diketuk)
  • Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • Asam gelugur (2 keping)
  • Garam dan kunyit (secukup rasa)

Kaedah memasak:

  • Masukkan kesemua bahan tumbuk bersama serbuk kunyit, serai dan separuh santan dan didihkan sehingga masak
  • Masukkan lebihan santan, asam gelugur dan daging salai dan biarkan sehingga mendidih
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan
  • Ketam Lemak Nenas

Pembekal santan

Bahan-bahan:

  • Ketam (2-3 ekor – dipotong dua)
  • Nenas (1/2 biji – dipotong kecil)
  • Santan pekat (1 liter)
  • Bawang putih (3 ulas – dikisar)
  • Bawang merah (4 ulas – dikisar)
  • Cili merah (3 biji – dikisar)
  • Cili merah (1 biji – dihiris)
  • Serai (sebatang – dititik)
  • Serbuk kunyit (1 sudu)
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah memasak:

  • Masukkan separuh santan bersama serbuk kunyit, serai serta bahan-bahan kisar
  • Masukkan ketam, nenas dan lebihan santan tadi lalu didihkan sehingga masak
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Tambahkan hirisan cili merah dan sedia untuk dihidangkan
  • Ayam Masak Lemak Cili Padi

Pembekal santan

Bahan-bahan:

  • Ayam (300g – potong kecil)
  • Kentang (2 biji – potong dadu)
  • Santan (500 ml) 
  • Kunyit hidup (4cm)
  • Serai (1 batang – diketuk)
  • Air (1 sudu)
  • Cili padi hijau (10 biiji)
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah memasak:

  • Kisarkan cili dan kunyit hidup, sedikit garam sehingga lumat dan ketepikan
  • Masukkan bahan kisar tersebut ke dalam periuk bersama dengan air dan biarkan sehingga ia mendidih
  • Masukkan separuh santan, serai, kentang dana yam dan biarkan ia mendidih sehingga masak dan kentang menjadi lembut
  • Masukkan lebihan santan bersama garam dan guka secukup rasa dan biarkan selama beberapa minit
  • Sedia dihidangkan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis masakan yang anda boleh gunakan bersama santan.

Bukan sahaja ia memekat dan mencantikkan masakan anda, ia juga membuatkan juadah tersebut lebih enak dan anda pasti akan berpuas hati.

Sekiranya anda masih lagi keliru untuk memilih santan segar segera untuk digunakan didalam masakan anda, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Walaupun hanya santan segera, rasa dan fungsi nya adalah sama dan ia dapat memudahkan kerja anda di dapur.

Oleh itu, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *