fbpx

SANTAN DEPOT

agar agar santan

Resepi Agar Agar Santan Sirap Ros Dua Lapis

Anda pasti sudah biasa memakan agar-agar santan pandan. Namun, adakah anda pernah mencuba agar-agar santan sirap ros dua lapis?

Pada musim PKP ini, sudah tentu anda telah mencuba pelbagai resepi pencuci mulut, kuih muih tradisional untuk santapan bersama keluarga di rumah.

Seperti yang kita tahu, agar-agar santan merupakan salah satu pencuci mulut atau manisan tradisional yang digemari ramai. 

Sekiranya anda telah mencuba agar-agar santan, maka di sini kami bawakan sedikit kelainan. 

Tidak mempunyai banyak perbezaan, agar-agar santan sirap ini mempunyai warna yang cantik dan menarik. Namun, cara pembuatannya adalah lebih kurang sama.

Oleh itu, anda juga boleh membuat agar-agar santan ini di rumah untun santapan seiisi keluarga.

Disini kami akan kongsikan resepi mudah agar-agar santan sirap ros dua lapis yang anda boleh cuba dan kongsikan bersama keluarga dan jiran tetangga.

Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui info menarik tentang santan segar berkualiti tinggi dari jenama yang terkemuka.

Bahan-bahan diperlukan

  • Serbuk agar-agar (1 paket 10gm/11gm)
  • Air (1 liter/ 4 cawan)
  • Gula pasir (200 gm / 1 cawan)
  • Santan pekat (200-250ml/ 1 cawan)
  • Telur ayam (1 biji – campurkan bersama santan dan tepuk menggunakan garfu sehingga sebati)
  • Garam (secubit)
  • Sirap ros ataupun pewarna makanan pink dan perisa ros (1-2 sudu besar)
  • Daun pandan (2 helai – basuh dan simpulkan)

Kurangkan kuantiti santan sekiranya anda gemar dengan lapisan santan yang nipis.

Cara Penyediaan

agar agar santan

  • Masukkan air (1 liter), gula dan serbuk agar-agar dan kacau sehingga larut di atas api yang sederhana.
  • Masukkan santan dan telur berserta sirap sos, garam dan simpulan daun pandan lalu kecilkan api
  • Kacau sehingga menggelegak
  • Apabila menggelegak, biarkan seketika 1-2 minit sambal mengacau adunan tersebut dan keluarkan daun pandan dan tutup api apabila adunan santan menjadi berketul-ketul
  • Basahkan acuan/loyang dengan air
  • Tuangkan adunan agar-agar tadi ke dalam acuan dan biarkan ia mengeras sebelum disimpan ke dalam peti ais

Tips Dapatkan Dua Lapisan Pada Agar Agar

agar agar santan

Sekiranya anda biasa membuat agar-agar santan dua lapis, sudah tentu anda tahu sekiranya tersalah langkah, agar-agar tersebut tidak akan mempunyai lapisan yang cantik dan kemas.

Pasti ramai di luar sana yang tertanya-tanya kenapa anda tidak mendapat dua lapisan yang cantik walaupun anda telah mengikuti resepi tersebut satu persatu dan dengan betul.

Oleh itu, disini terdapat beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk memastikan agar-agar anda cantik untuk dihidang.

Pertama sekali, apabila anda telah memasukkan santan ke dalam periuk, biarkan agar-agar tersebut menggelegak sedikit lama dalam lebih kurang 1 minit ataupun lebih.

Anda juga boleh kuatkan api dapur hingga adunan menggelegak kuat selepas memasukkan santan. Pastikan anda berhati-hati dan jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar.

Setelah menggelegak, kacaukan adunan tersebut selama satu minit dan biarkan ia sejuk seperti kaedah-kaedah di atas.

Pembekal Santan Segar

agar agar santan

Sekiranya anda masih lagi ragu-ragu untuk memilih santan kotak yang berada di pasaran, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pencuci mulut atau kuih tradisi yang boleh di buat menggunakan santan dan tidak terhad kepada agar-agar santan sahaja.

Jangan ragu-ragu untuk menggunakan santan segar kotak di dalam masakan anda kerana anda telah terbiasa manggunakan santan yang diperah sendiri.

Hal ini kerana, walaupun santan kotak bukan lah seperti santan segar yang sering digunakan orang dulu-dulu, ia tetap mempunyai fungsi dan memberikan rasa yang sama.

Oleh yang demikian, salah satu alternatif untuk menggunakan santan segar adalah dengan membeli santan yang telah siap di dalam kotak.

Jadi, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *